Bismillahi Allahumma Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Solatu Wassalamu
‘ala Rasulillah wa ‘ala alih. Amma ba’du. Sempena bulan kelahiran dan
bulan kewafatan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, indahnya jika
kita mengingati sejarah Rasul yang dimuliakan Allah yang memberi syafaat
kepada kita kelak, Insya Allah. Masjid Nabawi dan Kubur Nabi, kisah
yang jarang didengari. Pembaca yang dikasihi Allah, sesungguhnya tiada
tempat lebih afdal untuk berbulan madu, untuk melancong atau untuk
berziarah melainkan tiga masjid dan salah satunya ialah Masjid Nabi.
Telah
menceritakan kepadaku Amru An Naqid dan Zuhair bin Harb semuanya dari
Ibnu Uyainah – Amru berkata- Telah menceritakan kepada kami Sufyan dari
Az Zuhri dari Sa’id dari Abu Hurairah hingga sampai kepada Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: "
Janganlah
kalian bersusah payah melakukan perjalanan jauh, kecuali ke tiga Masjid.
Iaitu; Masjidku ini (Masjid Madinah), Masjidil Haram (di Makkah) dan
Masjid Al Aqsha."
Dan Telah menceritakannya kepada kami Abu
Bakr bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Abdul A’la dari
Ma’mar dari Az Zuhri dengan isnad ini, hanya saja ia menyebutkan;
"Diperbolehkan untuk bersusah payah mengadakan perjalanan jauh ke tiga
Masjid."
Percaya atau tidak, pernah suatu ketika terdapat
empat Imam yang bersolat serentak di dalam Masjid ini pada waktu yang
sama. Imam ini mengiringi makmum mazhab masing-masing (Hanafi, Syafi’i,
Maliki, dan Hambali) mengimami solat di Masjid Nabawi secara terpisah
pada waktu yang sedikit berbeza dan tempat yang berbeza. Namun kini,
hanya satu solat berjamaah yang diselanggarakan di Masjid Nabawi, yang
dipimpin oleh Imam dari Mazhab Hambali.
Semakin menarik untuk
meneruskan bacaan ini, semoga kita bertambah mencintai Rasulllah dan
mencintai sunnahnya dan membenci bid’ah yang tidak ada kaitannya dengan
sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.
Makam Nabi dan Sahabatnya
Tahukah makam nabi itu sebenarnya adalah lokasi rumah Rasulullah
bersama Aisyah? Dan bersebelahan rumahnya iaitu disebelah kanan rumah
Rasulullah itulah terdapat masjid yang dibina berbumbungkan pelepah
kurma. Apa yang kita lihat sekarang adalah gambar masjid yang moden yang
telah diperluaskan sejak zaman berzaman.
Telah menceritakan
kepada kami ‘Ali bin ‘Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami
Ya’qub bin Ibrahim bin Sa’d berkata, telah menceritakan kepadaku Bapakku
dari Shalih bin Kaisan berkata, telah menceritakan kepada kami Nafi’
bahwa ‘Abdullah bin ‘Umar mengabarkan kepadanya, bahawa pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam Masjid dibangun dengan menggunakan tanah
liat yang dikeraskan (bata). Atapnya dari dedaunan sedangkan tiangnya
dari batang pohon kurma. Pada masanya Abu Bakar tidak memberi tambahan
renovasi apapun, kemudian pada masanya Umar bin Al Khaththab ia memberi
tambahan renovasi, Umar merenovasi dengan batu bata dan dahan barang
kurma sesuai dengan bentuk yang ada di masa Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam. Tiang utama ia ganti dengan kayu. Kemudian pada masa
Utsman ia banyak melakukan perubahan dan renovasi, dinding masjid ia
bangun dari batu yang diukir dan batu kapur. Kemudian tiang dari batu
berukir dan atapnya dari batang kayu pilihan."
Raudhah
Salah satu bahagian Masjid Nabawi terkenal dengan sebutan Raudhah
(Taman syurga). Doa-doa yang dipanjatkan dari Raudhah ini diyakini akan
dikabulkan oleh Allah. Raudhah terletak di antara mimbar dengan makam
(dahulu rumah) Rasulullah.
Raudhah
adalah sebuah tempat yang letaknya di antara rumah Nabi Muhammad dan
mimbar syarif. Ianya betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nabi. Jarak
rumah nabi dengan masjid hanyalah bersebelahan dan di antara ruang
itulah digelar raudhah.
Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi
mengatakan bahawa di situ tempat seharusnya diperbanyakkan doa. Tempat
ini diberikan nama raudhah oleh Rasulullah sendiri.
Telah
menceritakan kepada kami Musaddad dari Yahya dari ‘Ubaidullah bin ‘Umar
berkata, telah menceritakan kepada saya Khubaib bin ‘Abdurrahman dari
Hafsh bin ‘Ashim dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu dari Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "
Di antara rumahku dan mimbarku adalah raudhah (taman) diantara taman-taman syurga dan mimbarku berada pada telagaku (di syurga) ".
(Hadis Riwayat Bukhari, hadis yang sama dari jalan Amru bin Ali dari
Abu Hurairah dan hadis yang sama juga dari Abdullah bin Zaid
Al-Zaaziniy. Hadis riwayat Muslim dari jalan Abdullah bin Zaid Al-Ansari
dan juga dari Abu Hurairah)
Pengubahsuaian Masjid Nabawi
Era selepas Sayidina Utsman Al-Affan pula berlakulah penambahan demi
penambahan. Kronologi Masjid Nabawi berdasarkan tahun Masihi.
622 – Didirikan oleh Nabi Muhammad
629 – Diperluas oleh Nabi
638 – Diperluas oleh Saidina Umar al-Khattab.
650 – Saidina Uthman Affan menggantikan tiang dan atap serta memperluas bahagian lantai.
707 – Diperbaiki oleh Walid bin Abd Malik dan Umar bin Abd Aziz (Bani Umaiyah).
778 – Diperluas oleh al-Mahdi (Bani Abbasiah).
1247 – Terbakar.
1256 – Malik az-Zahir (Mamluk) menambah menara serta lantai bahagian hadapan.
1468 – Diperbaiki oleh Asyraf Qaitbay (Penguasa Mamluk).
1481 – Terbakar lagi.
1574 – Salim I (Uthmaniah) menggunakan marmar.
1818 – Diperbesar oleh Mahmud II (Uthmaniah). Kubah dicat hijau.
1849 – Dibangun besar-besaran oleh Sultan Abdul Majid (Uthmaniah).
1952 – Diperluas oleh Raja Abd Aziz ibnu Sa’ud (Arab Saudi).
1984 – Diperluas dan diperbaiki oleh Raja Fahd (Arab Saudi).
Gambar Masjid Nabawi di awal kurun ke 20, masih dalam peringkat pembinaan dan pembesaran.
Kubah dan Menara Masjid Nabawi
Terdapat banyak kubah dan kubah hijau itulah terletaknya makam nabi.
Terdapat
27 buah kubah di masjid Nabawi yang biasanya dibuka setelah selesai
solat subuh dan solat asar bagi memberi pencahayaan semulajadi di dalam
masjid dan untuk peredaraan udara.
Orang yang pertama sekali
membina menara Masjid Nabawi ialah Umar bin Abdul Aziz pada tahun 93
Hijrah, iaitu dengan mendirikan empat menara masjid yang berketinggian
lebih kurang 27.5 meter pada empat sudut. Kemudian diikuti Qaitbay
dengan membangunkan menara kelima di Babur Rahmah. Kelima-lima menara
Masjid Nabawi ini terus dipertahankan sehinggalah tiga buah menaranya
diruntuhkan untuk memberi laluan kepada projek Perluasan Saudi Pertama.
Kemudiannya tiga menara yang diruntuhkan telah diganti dengan dua buah
menara baru setinggi 72 meter. Lalu pada Projek Perluasan Saudi Kedua
ditambah lagi dengan 6 buah menara Masjid yang setiap satunya
berketinggian 104 meter, tinggi hilal 6 meter dan beratnya mencecah 4.5
tan. Sehingga kini Masjid Nabawi mempunyai 10 buah menara masjid.
Keterangan Gambar Pelan Masjid Nabawi (klik untuk besarkan gambar): 1. Makam Rasulullah
2. Makam Syaidina Abu Bakar as Shiddiq
3. Makam Syaidina Umar ibn Khaththab
4. Tempat yang menurut suatu riwayat disediakan untuk pemakaman Imam
Mahdi r.a / Nabi Isa a.s , ada 2 kemungkinan yaitu berada setentang
dengan makam Rasulullah atau berada di belakang makam Syaidina Umar ibn.
Khaththab
5. Tempat peristirahatan Siti Aisyah ra.
6. Tempat kedatangan malaikat Jibril ketika menyampaikan wahyu kepada Rasulullah.
7. Dinding bilik Siti Aisyah r.a , yang dibina sendiri oleh Rasulullah,
hingga saat in tembok tersebut masih berdiri dengan kukuh
8.
Dinding makam berbentuk segi lima, yang dibina oleh Khalifah Umar ibn
Abd Aziz, agar makam Rasulullah tidak menyerupai ka’bah dan terlalu
"sucikan" oleh umat Islam.
9. Dinding segi lima lapis kedua yang dibina oleh sultan Qait bay dari Mesir
10. Tiang-tiang yang memperkukuhkan dinding segi lima lapis kedua
11. Bahagian dari raudah yang terdapat dibahagian dalam tembok ruangan makam.
12. Bahagian dari raudah yang terdapat di luar ruangan makam, (nombor
12 tidak terdapat pada plan, kawasan ini adalah tempat yang biasanya
dijadikan rebutan oleh ummat Islam)
13. Kawasan dengan nombor 13 adalah bukan bahagian dari raudah.
14. Kediaman Siti Fathimah ra.
15. Mihrab di dalam kediaman Fatimah, yang dibina oleh sultan Qait bay
16. Mihrab tempat tempat Rasulullah seringkali bertahajud seorang diri
17. Tempat Rasulullah solat tahajud berjamaah bersama ahli suffah,
tempat ini berada di belakang kediaman Siti Fathimah. Suffah berarti
tempat berteduh. Sahabat Nabi yang miskin dan tidak memiliki rumah,
bertimpat tinggal di Suffah. Di sini mereka mendapat pendidikan tentang
Islam dan mengamalkannya. Jika kita berjalan dari tiang Aisyah
berlawanan dengan arah qiblat, Suffah berada setelah tiang ke-5. Namun
setelah Nabi memperluas Masjid pada tahun ke-7 Hijriah, Suffah dipindah
sekitar sepuluh meter kea rah Timur, seperti yang tergambar pada denah
Masjid Nabawi.
18. Lubang besar terletak di bahagian depan, lubang ini lurus searah dengan makam Rasulullah.
19. Lubang kecil terletak dibahagian depan searah dengan makam syaidina Abu Bakar ra
20. Lubang kecil di bahagian depan se arah dengan makam syaidina Umar Ibn Khaththab ra
21. Tempat beberapa baki -baki batu kediaman Rasulullah, yang kemudian dibuang pada masa Khalifah Al Walid ibn Abd. Malik
22. Usthuwanah al Sarir, tempat Rasulullah beristirahat ketika terlalu letih beribadah
23. Usthuwanah al Wufud, tempat Rasulullah seringkali menerima tamu-tamu penting
24. Usthuwanah al Hirs, tempat para shahabat berkawal menjaga
Rasulullah, seringkali syaidina Ali ibn Abi Thalib berkawal di situ
25. Bab (pintu) Al Taubah, pintu masuk makam dibahagian depan
26. Bab (pintu ) Aisyah, pintu masuk makam dibahagian tepi dari arah raudah
27. Lubang kisi-kisi yang lurus searah dengan kepala Rasulullah yang mulia.
28. Lubang kisi-kisi yang lurus searah dengan kaki Rasulullah yang mulia
29. Beberapa pintu masuk menuju makam Rasulullah.
30. Lingkaran kubah kecil yang berada tepat di atas makam Rasulullah.
31. Lingkaran kubah lapis kedua, yang disebut kubah al zarqa’
32. Lingkaran kubah lapis ketiga, atau kubah al khadra’ (kubah hijau) yang terlihat dari bagian luar makam.
33. Bahagian dari kawasan makam (tertulis dengan nombor 32)
34. Kawasan setinggi kurang lebih 30 cm, tempat para ahl suffah berjamaah solat tahajud bersama Rasulullah.
35. Kawasan setinggi kurang lebih 60 cm, tempat ahl suffah biasa berkumpul
36. Usthuwanah al taubah
37. Usthuwanah A’isyah
38. Mihrab tempat sholat Rasulullah.
39. Usthuwanah al Mukhallaqah
40. Minbar Rasulullah.
41. Kawasan tempat azan
Begitulah serba sedikit keterangan mengenai Masjid Nabawi.
أَلَاكُلُّ شَيْءٍ مَا خَلَا اللَّهَ بَاطِلٌ
Wallahu a’lam.
Artikel dari Berbagai Sumber.