”Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan baginya..

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

16 Des 2015

Sejarah Masjid Nabawi dan Kubur Nabi Muhammad SAW

Bismillahi Allahumma Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Solatu Wassalamu ‘ala Rasulillah wa ‘ala alih. Amma ba’du. Sempena bulan kelahiran dan bulan kewafatan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, indahnya jika kita mengingati sejarah Rasul yang dimuliakan Allah yang memberi syafaat kepada kita kelak, Insya Allah. Masjid Nabawi dan Kubur Nabi, kisah yang jarang didengari. Pembaca yang dikasihi Allah, sesungguhnya tiada tempat lebih afdal untuk berbulan madu, untuk melancong atau untuk berziarah melainkan tiga masjid dan salah satunya ialah Masjid Nabi.

Telah menceritakan kepadaku Amru An Naqid dan Zuhair bin Harb semuanya dari Ibnu Uyainah – Amru berkata- Telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Az Zuhri dari Sa’id dari Abu Hurairah hingga sampai kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: "Janganlah kalian bersusah payah melakukan perjalanan jauh, kecuali ke tiga Masjid. Iaitu; Masjidku ini (Masjid Madinah), Masjidil Haram (di Makkah) dan Masjid Al Aqsha." Dan Telah menceritakannya kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Abdul A’la dari Ma’mar dari Az Zuhri dengan isnad ini, hanya saja ia menyebutkan; "Diperbolehkan untuk bersusah payah mengadakan perjalanan jauh ke tiga Masjid."
Percaya atau tidak, pernah suatu ketika terdapat empat Imam yang bersolat serentak di dalam Masjid ini pada waktu yang sama. Imam ini mengiringi makmum mazhab masing-masing (Hanafi, Syafi’i, Maliki, dan Hambali) mengimami solat di Masjid Nabawi secara terpisah pada waktu yang sedikit berbeza dan tempat yang berbeza. Namun kini, hanya satu solat berjamaah yang diselanggarakan di Masjid Nabawi, yang dipimpin oleh Imam dari Mazhab Hambali.
Semakin menarik untuk meneruskan bacaan ini, semoga kita bertambah mencintai Rasulllah dan mencintai sunnahnya dan membenci bid’ah yang tidak ada kaitannya dengan sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.


Makam Nabi dan Sahabatnya
sasasas
Tahukah makam nabi itu sebenarnya adalah lokasi rumah Rasulullah bersama Aisyah? Dan bersebelahan rumahnya iaitu disebelah kanan rumah Rasulullah itulah terdapat masjid yang dibina berbumbungkan pelepah kurma. Apa yang kita lihat sekarang adalah gambar masjid yang moden yang telah diperluaskan sejak zaman berzaman.
Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin ‘Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Ya’qub bin Ibrahim bin Sa’d berkata, telah menceritakan kepadaku Bapakku dari Shalih bin Kaisan berkata, telah menceritakan kepada kami Nafi’ bahwa ‘Abdullah bin ‘Umar mengabarkan kepadanya, bahawa pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam Masjid dibangun dengan menggunakan tanah liat yang dikeraskan (bata). Atapnya dari dedaunan sedangkan tiangnya dari batang pohon kurma. Pada masanya Abu Bakar tidak memberi tambahan renovasi apapun, kemudian pada masanya Umar bin Al Khaththab ia memberi tambahan renovasi, Umar merenovasi dengan batu bata dan dahan barang kurma sesuai dengan bentuk yang ada di masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Tiang utama ia ganti dengan kayu. Kemudian pada masa Utsman ia banyak melakukan perubahan dan renovasi, dinding masjid ia bangun dari batu yang diukir dan batu kapur. Kemudian tiang dari batu berukir dan atapnya dari batang kayu pilihan."
Raudhah
Salah satu bahagian Masjid Nabawi terkenal dengan sebutan Raudhah (Taman syurga). Doa-doa yang dipanjatkan dari Raudhah ini diyakini akan dikabulkan oleh Allah. Raudhah terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah.
Raudul Jannah
Raudhah adalah sebuah tempat yang letaknya di antara rumah Nabi Muhammad dan mimbar syarif. Ianya betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nabi. Jarak rumah nabi dengan masjid hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar raudhah.
Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa di situ tempat seharusnya diperbanyakkan doa. Tempat ini diberikan nama raudhah oleh Rasulullah sendiri.
Telah menceritakan kepada kami Musaddad dari Yahya dari ‘Ubaidullah bin ‘Umar berkata, telah menceritakan kepada saya Khubaib bin ‘Abdurrahman dari Hafsh bin ‘Ashim dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Di antara rumahku dan mimbarku adalah raudhah (taman) diantara taman-taman syurga dan mimbarku berada pada telagaku (di syurga) ". (Hadis Riwayat Bukhari, hadis yang sama dari jalan Amru bin Ali dari Abu Hurairah dan hadis yang sama juga dari Abdullah bin Zaid Al-Zaaziniy. Hadis riwayat Muslim dari jalan Abdullah bin Zaid Al-Ansari dan juga dari Abu Hurairah)

Pengubahsuaian Masjid Nabawi
Era selepas Sayidina Utsman Al-Affan pula berlakulah penambahan demi penambahan. Kronologi Masjid Nabawi berdasarkan tahun Masihi.
622 – Didirikan oleh Nabi Muhammad
629 – Diperluas oleh Nabi
638 – Diperluas oleh Saidina Umar al-Khattab.
650 – Saidina Uthman Affan menggantikan tiang dan atap serta memperluas bahagian lantai.
707 – Diperbaiki oleh Walid bin Abd Malik dan Umar bin Abd Aziz (Bani Umaiyah).
778 – Diperluas oleh al-Mahdi (Bani Abbasiah).
1247 – Terbakar.
1256 – Malik az-Zahir (Mamluk) menambah menara serta lantai bahagian hadapan.
1468 – Diperbaiki oleh Asyraf Qaitbay (Penguasa Mamluk).
1481 – Terbakar lagi.
1574 – Salim I (Uthmaniah) menggunakan marmar.
1818 – Diperbesar oleh Mahmud II (Uthmaniah). Kubah dicat hijau.
1849 – Dibangun besar-besaran oleh Sultan Abdul Majid (Uthmaniah).
1952 – Diperluas oleh Raja Abd Aziz ibnu Sa’ud (Arab Saudi).
1984 – Diperluas dan diperbaiki oleh Raja Fahd (Arab Saudi).
3-masjid-al-nabawi
Gambar Masjid Nabawi di awal kurun ke 20, masih dalam peringkat pembinaan dan pembesaran.

Kubah dan Menara Masjid Nabawi
MASJID NABI 1
Terdapat banyak kubah dan kubah hijau itulah terletaknya makam nabi.

Terdapat 27 buah kubah di masjid Nabawi yang biasanya dibuka setelah selesai solat subuh dan solat asar bagi memberi pencahayaan semulajadi di dalam masjid dan untuk peredaraan udara.
Orang yang pertama sekali membina menara Masjid Nabawi ialah Umar bin Abdul Aziz pada tahun 93 Hijrah, iaitu dengan mendirikan empat menara masjid yang berketinggian lebih kurang 27.5 meter pada empat sudut. Kemudian diikuti Qaitbay dengan membangunkan menara kelima di Babur Rahmah. Kelima-lima menara Masjid Nabawi ini terus dipertahankan sehinggalah tiga buah menaranya diruntuhkan untuk memberi laluan kepada projek Perluasan Saudi Pertama. Kemudiannya tiga menara yang diruntuhkan telah diganti dengan dua buah menara baru setinggi 72 meter. Lalu pada Projek Perluasan Saudi Kedua ditambah lagi dengan 6 buah menara Masjid yang setiap satunya berketinggian 104 meter, tinggi hilal 6 meter dan beratnya mencecah 4.5 tan. Sehingga kini Masjid Nabawi mempunyai 10 buah menara masjid.
aaa
Keterangan Gambar Pelan Masjid Nabawi (klik untuk besarkan gambar):
1. Makam Rasulullah
2. Makam Syaidina Abu Bakar as Shiddiq
3. Makam Syaidina Umar ibn Khaththab
4. Tempat yang menurut suatu riwayat disediakan untuk pemakaman Imam Mahdi r.a / Nabi Isa a.s , ada 2 kemungkinan yaitu berada setentang dengan makam Rasulullah atau berada di belakang makam Syaidina Umar ibn. Khaththab
5. Tempat peristirahatan Siti Aisyah ra.
6. Tempat kedatangan malaikat Jibril ketika menyampaikan wahyu kepada Rasulullah.
7. Dinding bilik Siti Aisyah r.a , yang dibina sendiri oleh Rasulullah, hingga saat in tembok tersebut masih berdiri dengan kukuh
8. Dinding makam berbentuk segi lima, yang dibina oleh Khalifah Umar ibn Abd Aziz, agar makam Rasulullah tidak menyerupai ka’bah dan terlalu "sucikan" oleh umat Islam.
9. Dinding segi lima lapis kedua yang dibina oleh sultan Qait bay dari Mesir
10. Tiang-tiang yang memperkukuhkan dinding segi lima lapis kedua
11. Bahagian dari raudah yang terdapat dibahagian dalam tembok ruangan makam.
12. Bahagian dari raudah yang terdapat di luar ruangan makam, (nombor 12 tidak terdapat pada plan, kawasan ini adalah tempat yang biasanya dijadikan rebutan oleh ummat Islam)
13. Kawasan dengan nombor 13 adalah bukan bahagian dari raudah.
14. Kediaman Siti Fathimah ra.
15. Mihrab di dalam kediaman Fatimah, yang dibina oleh sultan Qait bay
16. Mihrab tempat tempat Rasulullah seringkali bertahajud seorang diri
17. Tempat Rasulullah solat tahajud berjamaah bersama ahli suffah, tempat ini berada di belakang kediaman Siti Fathimah. Suffah berarti tempat berteduh. Sahabat Nabi yang miskin dan tidak memiliki rumah, bertimpat tinggal di Suffah. Di sini mereka mendapat pendidikan tentang Islam dan mengamalkannya. Jika kita berjalan dari tiang Aisyah berlawanan dengan arah qiblat, Suffah berada setelah tiang ke-5. Namun setelah Nabi memperluas Masjid pada tahun ke-7 Hijriah, Suffah dipindah sekitar sepuluh meter kea rah Timur, seperti yang tergambar pada denah Masjid Nabawi.
18. Lubang besar terletak di bahagian depan, lubang ini lurus searah dengan makam Rasulullah.
19. Lubang kecil terletak dibahagian depan searah dengan makam syaidina Abu Bakar ra
20. Lubang kecil di bahagian depan se arah dengan makam syaidina Umar Ibn Khaththab ra
21. Tempat beberapa baki -baki batu kediaman Rasulullah, yang kemudian dibuang pada masa Khalifah Al Walid ibn Abd. Malik
22. Usthuwanah al Sarir, tempat Rasulullah beristirahat ketika terlalu letih beribadah
23. Usthuwanah al Wufud, tempat Rasulullah seringkali menerima tamu-tamu penting
24. Usthuwanah al Hirs, tempat para shahabat berkawal menjaga Rasulullah, seringkali syaidina Ali ibn Abi Thalib berkawal di situ
25. Bab (pintu) Al Taubah, pintu masuk makam dibahagian depan
26. Bab (pintu ) Aisyah, pintu masuk makam dibahagian tepi dari arah raudah
27. Lubang kisi-kisi yang lurus searah dengan kepala Rasulullah yang mulia.
28. Lubang kisi-kisi yang lurus searah dengan kaki Rasulullah yang mulia
29. Beberapa pintu masuk menuju makam Rasulullah.
30. Lingkaran kubah kecil yang berada tepat di atas makam Rasulullah.
31. Lingkaran kubah lapis kedua, yang disebut kubah al zarqa’
32. Lingkaran kubah lapis ketiga, atau kubah al khadra’ (kubah hijau) yang terlihat dari bagian luar makam.
33. Bahagian dari kawasan makam (tertulis dengan nombor 32)
34. Kawasan setinggi kurang lebih 30 cm, tempat para ahl suffah berjamaah solat tahajud bersama Rasulullah.
35. Kawasan setinggi kurang lebih 60 cm, tempat ahl suffah biasa berkumpul
36. Usthuwanah al taubah
37. Usthuwanah A’isyah
38. Mihrab tempat sholat Rasulullah.
39. Usthuwanah al Mukhallaqah
40. Minbar Rasulullah.
41. Kawasan tempat azan
Begitulah serba sedikit keterangan mengenai Masjid Nabawi.
أَلَاكُلُّ شَيْءٍ مَا خَلَا اللَّهَ بَاطِلٌ
Wallahu a’lam.
Artikel dari Berbagai Sumber.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Random Post

TWITTER COMMUNITY

Facebook Community